Wednesday, 2 November 2022

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI DALAM MENGUBATI


PENERAPAN KONSEP "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI DALAM MENGUBATI" PENYAKIT SOSIAL DI DALAM KALANGAN MASYARAKAT KINI

SESI 1 2021/2023
MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN

AHLI KUMPULAN 
1. NUR AIN MUNIRAH BINTI MAHMUD ( 02DTK20F1041)
2. NUR ANNIZA FARADIBA BINTI A RAHMAN (02DTK20F1003)
3. NOOR AMINUR SHAHADAH BINTI SHAFIZAN (02DTK20F1031)

Apa itu penyakit sosial dalam kalangan masyarakat?

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai gejala sosial remaja yang berlaku hampir setiap hari. Kehidupan remaja yang penuh dengan pelbagai permasalahan sosial sangat merunsingkan ibu bapa dan juga pemimpin negara. 
Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun mereka tetap memilih jalan yang salah dan hitam. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah,seks bebas, lumba motor haram, Black Metal dan yang seumpamanya yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari.

Mereka seolah-olah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudaratan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana remaja merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”

Persoalannya,jika remaja kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa,guru,masyarakat, negara dan termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan program pencegahan masalah sosial remaja perlu dirangka oleh pasukan kesihatan termasuk Pegawai Kerja Sosial Perubatan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lancar.


HADIS 19 (HADIS 40 IMAM NAWAWI)

Daripad Abu al- Abbas, Abdillah bin ‘Abbas –radhiyallahu ‘anhuma– menceritakan, suatu hari saya berada di belakang Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.Beliau bersabda

 

بْد الله بن عَبّاسٍ -رَضِي اللهُ عَنْهُما- قالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَوْمًا، فَقَالَ: ((يَا غُلاَمُ، إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ؛ احْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ، وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوِ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ))
 

“Nak, aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat: Jagalah Allah, niscaya Dia akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya kau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau hendak memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain dari apa yang telah Allah tetapkan untukmu. Dan andaipun mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakanmu, maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering.”

(RIWAYAT al-TARMIZI no. 2516)

Mencegah lebih baik daripada mengubati

PENGENALAN
"Mencegah Lebih Baik Daripada Mengubati” Merupakan peribahasa yang selalu kita dengar. Peribahasa ini menyarankan agar kita sentiasa berhati-hati sebelum berlaku kerosakan, kemusnahan, kehancuran dan dihinggapi penyakit. Setiap penyakit ada penyebabnya begitu juga dengan kemusnahan ada puncanya.Oleh sebab itulah kita perlu mencegah daripada berlakunya kerosakan atau dihinggapi penyakit,kerana apabila musnah dan berpenyakit adalah lebih susah untuk dipulihkan.

Faktor yang banyak mempengaruhi kesihatan adalah daripada aspek fizikal dan mental.Dalam aspek fizikal,komponen ini berkait dengan keadaan badan seseorang, bentuk badan serta kebolehan individu melaksanakan tugasan tertentu. Justeru itu,kesihatan fizikal merujuk kepada sesuatu keadaan individu bebas daripada kesakitan,ketidakupayaan fizikal, penyakit kronik dan penyakit berjangkit serta ketidakselesaan tubuh badan yang memerlukan perhatian daripada pakar perubatan.Seterusnya,aspek mental.Kesihatan mental adalah situasi dimana seseorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.Kesihatan.mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak.Dalam pada itu, cara menghadapi masalah dan mengatasi serta cara berinteraksi dengan orang lain juga merangkumi kesihatan mental.

Hal ini tidak seharusnya dipandang remeh kerana terdapatnya remaja yang sedang meningkat dewasa yang merupakan satu-satunya tonggak negara dalam menerajui kepimpinan negara sesuai dengan ungkapan “pemuda harapan bangsa,pemudi tiang negara”.
Persoalannya,jika semua masyarakat kita musnah akibat kesan keseronokan yang sementara ini,siapakah yang akan terus memperjuangkan masa depan mereka? Justeru itu, senario ini mencetuskan kebimbangan kepada semua pihak seperti golongan ibu bapa,guru,masyarakat, negara dan termasuklah Kementerian Kesihatan Malaysia.Oleh itu sebelum keadaan menjadi semakin teruk, satu pelan menyeluruh berkaitan perancangan program pencegahan penyakit sosial dalam masyarakat perlu dirangka oleh pasukan semua pihak bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan lancar.




PUNCA-PUNCA PENYAKIT SOSIAL

1. Kelemahan Didikan Agama dan Moral Diri 

Didikan Agama Dapat Membendung Gejala Sosial Remaja

  • Faktor diri remaja sendiri merupakan sebab berlakunya gejala sosial. Kebanyakan remaja yang terlibat dalam gejala sosial tidak mempunyai didikan agama dan moral yang mendalam.Mereka tidak takut pada dosa atau pembalasan Tuhan di atas perbuatan mereka. Remaja terbabit juga biasanya tidak sembahyang dan mengingkari perintah agama yang lain. Mereka berpendapat bahawa, kehidupan masa remaja perlu diisi dengan hiburan dan keseronokan semata-mata.Iman dan amal yang lemah terhadap agama menjadikan masyarakat hari ini tidak mampu berfikir terhadap perbuatan baik mahupun buruk yang mereka lakukan. Pegangan agama yang longgar dan tiada tunjuk ajar yang baik daripada ibu bapa menjadi punca masalah sosial ini berterusan.
2.Sikap Tidak Mengambil Berat Oleh Ibu Bapa
KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN: APAKAH PUNCA DAN IMPLIKASINYA?
  • Sikap ibu bapa juga boleh menyebabkan remaja terjerumus dengan gejala sosial. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kasih sayang terhadap anak-anak. Anak-anak amat memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa. Ada segelintir ibu bapa begitu sibuk dengan kerjaya bagi menambahkan pendapatan sehingga anak-anak terabai dan tidak mendapat kasihsayang yang secukupnya. Sikap ibu bapa ini menyebabkan anak­-anak tidak mendapat perhatian yang sewajarnya lalu mereka melakukan perkara-perkara tidak berfaedah untuk mehilangkan kebosanan. Selain itu, tidak kurang juga ada yang melakukan gejala sosial ini semata-mata untuk mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
3.Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Gambar Wanita Mangsa Keganasan Rumah Tangga, Menentang Keganasan Rumah  Tangga, Anti Keganasan, Hari Antarabangsa Bukan Keganasan PNG dan Clipart  untuk Muat turun Percuma
  • Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapaseharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadisatu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapaterhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat anak-anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencarialternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remajauntuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.
4.Terikut-Ikut Dengan Sikap Negatif Rakan Sebaya
PENGARUH RAKAN SEBAYA TAHUN 5 | Other - Quizizz
  • Pengaruh rakan sebaya juga boleh mendorong remaja terlibat dalam gejala sosial. Disebabkan faktor pergolakan keluarga di rumah, remaja cenderung untuk berjumpa rakan sebaya bagi mencari ketenangan dan kegembiraan. Sebahagian daripada rakan sebaya ini pula adalah mereka yang mempunyai perangai negatif. Apabila bersama rakan sebaya, remaja cenderung untuk melakukan perkara tidak berfaedah seperti merokok, melepak di pusat membeli-belah dan mendapatkan hiburan di pusat-pusat hiburan.Faktor ini telah diketahui ramai sebagai punca utama masyarakat hari ini terjebak dalam masalah sosial yang negatif. Pengaruh rakan sebaya umpama tarikan magnet yang menjadikan segelintirnya lebih gemar melepak dan mengikut rentak dan gaya hidup mereka. Jika rakan-rakan itu buruk perangai dan aktif dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial, maka mereka akan mengikutnya kerana keimanan mereka pada hari ini lemah jati diri dan tiada tujuan hidup.
5.Sikap Individualistik Masyarakat
  • Sikap masyarakat yang tidak mengambil berat tentang permasalahan remaja juga menjadi faktor penyebab. Masyarakat hari ini cenderung untuk bersikap individualistik atau tidak mahu menjaga hal orang lain. Oleh itu, tidak hairanlah jika ada remaja yang menagih dadah berdekatan dengan tempat tinggal mereka tetapi langsung tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana mereka berpendapat bahawa, pihak berkuasa sahaja yang perlu menanganinya. Sikap masyarakat yang tidak ingin mengambil tahu tentang hal orang lain pasti akan menggalakkan lagi gejala sosial di kalangan remaja. 
6.Pengaruh Negatif Media Massa
GURU BERBAGI | DAMPAK SOSIAL INFORMATIKA
  • Pengaruh media massa terhadap para remaja sememangnya tidak dapat disangkal lagi. Remaja cenderung untuk melakukan perkara yang pernah didengar atau dilihat di media massa kerana remaja mempunyai naluri ingin mencuba. Sebenarnya sikap ingin mencuba ini adalah sikap yang baik tetapi bukan semua perkara boleh dicuba sewenang-wenangnya. Remaja perlulah menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara yang diperolehi melalui media massa.


CONTOH PENYAKIT SOSIAL 


1. Minum Arak
PPDa SMK Pulau Indah: KESAN-KESAN BURUK TERHADAP PENGAMBILAN ALKOHOL
  • Alkohol merupakan perosak masyarakat sejak zaman berzaman. Pengambilan alkohol secara berterusan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa yang tidak terkira serta menyebabkan kesengsaraan kepada jutaan manusia di seluruh dunia. Alkohol merupakan punca pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat masa kini. Statistik kadar jenayah yang meninggi, pertambahan kes penyakit mental dan keruntuhan institusi keluarga di serata dunia menjadi testimoni bisu kepada kuasa perosak alkohol.
  • Mengikut syarak, minuman arak adalah haram dan salah di sisi agama bagi individu muslim yang mengambilnya. Antara sebab pengharaman arak oleh syarak kerana ia memabukkan dan boleh menghilangkan akal orang yang meminumnya. Perbuatan meminum arak adalah termasuk dalam perbuatan syaitan yang dipandang keji oleh syarak.
2. Merogol
Kios Kosong di Mandau Disinyalir Jadi Tempat Maksiat
  • Punca jenayah merogol juga adalah berpunca daripada rancangan di media elektronik. Sebagai contohnya rancangan realiti TV yang banyak berunsurkan seks melalui pakaian artis-artis yang menjolok mata sehingga mempengaruhi generasi muda-mudi terikut-ikut cara pemakaian mereka. Apabila cara pemakaian telah melanggar hukum menutup aurat dalam Islam, faktor yang menyebabkan berlakunya jenayah ini. Selain itu dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat ini contohnya teknologi telefon bimbit yang terlalu canggih sehingga kerajaan ataupun pihak berkuasa tidak dapat mengawalnya. Akhirnya terjadilah penyalahgunaan telefon bimbit ini sehingga berlakunya penyebaran video lucah yang dilakonkan sendiri oleh golongan remaja di Malaysia terutamanya remaja melayu yang beragama Islam. Cuba kita lihat di sana sini, majalah hiburan merata-rata dijual dengan gambar-gambar yang menjadi perangsang kepada nafsu. Ditambah dengan media elektronik seperti TV, DVD, internet yang sukar dibendung. Kemudahan yang disalah guna untuk perkara yang tidak sepatutnya mengubah naluri manusia untuk bersikap ganas seterusnya mendorong mereka melakukan jenayah tersebut.Oleh yang demikian, disebabkan faktor ini juga hingga dapat mempengaruhi masyarakat yang nipis imannya dan kurangnya pengetahuan agama dihanyutkan nafsu serakah mereka. Bahkan yang lebih mengecewakan apabila timbul pula Istilah haruan makan anak ataupun harapkan pagar,pagar makan padi,inilah istilah yang paling sesuai digunakan untuk golongon ini.
3. Penyalahgunaan dadah
Penyalahgunaan Dadah gambar unduh gratis_imej 401377449_Format  PSD_my.lovepik.com
  • Penyalahgunaan dadah bermaksud penggunaan dadah dengan tujuan yang salah terutama jika penggunaannya menjejaskan sistem urat saraf.3 Penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama Negara. Kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar bagi mengatasi masalah ini yang begitu ketara melanda masyarakat Melayu Islam. Menurut Agensi Dadah Kebangsaan, dalam tempoh 1996-1997 penagih baru yang dikesan adalah dari kalangan mereka yang berkelulusan PMR dan SPM.
4. Lari Dari Rumah
Lari Dari Rumah Menjadi Satu Masalah Di Kalangan Remaja Hari Ini
  • Masalah anak-anak lari dari rumah adalah berkaitan rapat dengan kepincangan dalam mengendalikan rumahtangga. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan di luar untuk mencari keseronokan kerana apabila berada di rumah mereka sering terkongkong akibat persekitaran rumah yang sempit, adik beradik yang ramai atau dimarahi ibu bapa. Tidak kurang juga sebab mereka lari adalah kerana kemiskinan keluarga, pergaduhan ibu bapa, pengaruh filem dan lain-lain.Menurut Berita Harian, kes lari dari rumah telah menjadi semakin serius apabila 26,092 orang telah dilaporkan hilang dalam tempoh 1990-1996 dan kebanyaknnya adalah remaja. Satu petunjuk yang mengejutkan telah menunjukkan bahawa bilangan remaja Melayu lari dari rumah adalah lebih tinggi jika dibandingkan daripada kaum-kaum yang lain.

5. Pelacuran
Aurat murah gadis muslimah | merdeka.com

  • Pelacuran merupakan penyakit sosial yang tertua dalam sejarah peradaban manusia. Masyarakat moden pada hari ini seolah-olah boleh menerima hakikat bahawa terlalu mustahil gejala ini dihapuskan. Ini kerana permintaan yang tinggi terhadap pelacur telah menjadi pemangkin kepada merebaknya gejala ini secara sukarela mahupun paksaan.Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat sepanjang tempoh 1993-1996, terdapat sejumlah remaja mengandung luar nikah di 10 buah institusi dimana kira-kira 456 anak luar nikah telah dilahirkan.



KESAN MASALAH PENYAKIT SOSIAL

1.Kesan Ke atas Individu

  • Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

2.Kesan Ke atas Keluarga
  • Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah yang lain.

3.Kesan Ke atas Masyarakat
  • Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.

4.Kesan ke atas negara
  • Implikasi utama terhadap negara jika penyakit sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.

LANGKAH PENCEGAHAN BAGI PENYAKIT SOSIAL

 
1. PERANAN IBU-BAPA

pimpin tangan anak Archives - Gerobok Anim

Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.


2. PENDEKATAN AKADEMIK
Bina ayat - Aktiviti kokurikulum di sekolah Diagram | Quizlet
Pendekatan akademik. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.


3. PENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG

Gambar Warna Hiasan Reka Bentuk Grafik Asal, Undang Undang, Polis, Percuma  PNG dan PSD untuk Muat turun Percuma
Penguatkuasaan Undang-Undang oleh pihak berkuasa seperti polis. Bidang kuasa polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.


4. PENDIDIK
5 Alasan Program Guru Penggerak Penting Bagi Pendidik - Progresnews
Menyampaikan maklumat dan mengajar masyarakat bagaimana menggunakan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Kementerian Penddidkan perlu mengiktiraf kedudukan guru sama seperti golongan doktor bagi membantu merawat penyakit sosial dalam masyarakat yang begitu gawat sekarang.Guru adalah pendidik yang mempunyai peranan yang besar dalam membentuk sahsiah generasi muda khususnya dalam mencegah gejala yang tidak sihat dari terus menular.Golongan guru perlu diiktiraf sama dengan doktor bagi merawat penyakit sosial yang kian teruk saban hari dan tugas ini bukanlah semudah yang disangkakan kerana ianya merupakan masalah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar Pihak guru perlu diberi ruang untuk berada pada tahap yang lebih mudah dicakupi pelbagai pihak bagi memastikan peranan mereka lebih berkesan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Peranan guru tidak boleh lagi dianggap kecil dan mudah kerana pendidikan ini menekankan konsep mencegah lebih baik daripada mengubati.Apa yang penting. pendekatan pendidikan di bandar dan diluar bandar perlu seiring kerana budaya kehidupan di kampung da di bandar sudah berubah akibat pengaruh gaya hidup masyarakat di Bandar. Inilah kesan buruk apabila agama dipisahkan daripada kehidupan seharian banyak perkara yang diterapkan dalam sistem pendidikan mengasingkan antara agama dengan aspek-aspek yang lain.Masih terdapat ramai pihak yang seringkali memandang segala bentuk yang bersifat larangan itu sebagai perkara yang menyekat kebebasan.Ramai yang menganggap larangan itu suatu kesalahan sedangkan di sebaliknya terdapat unsur pendidikan serta kebaikan pada jangka masa panjang.Islam telah menggariskan beberapa bentuk pendidikan yang perlu diterapkan dalam kehidupan seorang anak sejak kecil lagi dan larangan yang disyariatkan itu.


PROGRAM-PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN
1. Memberi kaunseling, khidmat nasihat, sokongan emosi dan membantu masyarakat dalam pemilihan penyelesaian konflik yang dialami.
2. Membuat lawatan ke rumah dan sekolah bagi mendapatkan maklumat-maklumat yang terperinci dan pengesahan berkaitan masalah yang dihadapi masyarakat dari semua sudut seperti sokongan keluarga, rakan-rakan, sekolah dan masyarakat lain.
3. Menjadi platform untuk perjumpaan di antara masyarakat yang bermasalah, ibubapa dan pihak sekolah bagi mencari jalan penyelesaian bersama.
4. Melibatkan diri dalam mana-mana program bersesuaian yang dilaksanakan oleh disiplin-disiplin kesihatan awam seperti Kesihatan Sekolah, Kesihatan Keluarga, Ibu dan Anak, NCD (Penyakit tidak berjangkit ), Pendidikan kesihatan dan mana-mana disiplin yang bersesuaian.
5. Memberi ceramah motivasi dan sesi berdialog dalam forum atau seminar untuk memberi maklumat terkini berkaitan dengan penyakit sosial masyarakat yang semakin kronik.

BIMBINGAN, KAUNSELING - PressReader

CARA CARA MENERAPKAN SIFAT MUKMIN YANG SEJATI DALAM DIRI 

HADIS 18 (hadis 40 imam nawawi)

“Dari Abu Zar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdurrahman, Mu’az bin Jabal radhiallahu'anhuma dari Rasulullah saw beliau bersabda :

اتَّقِ اللَّهَ حَيْثُمَا كُنْت، وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا، وَخَالِقْ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ

Bertakwalah kepada Allah dimana saja kamu berada, iringilah keburukan dengan kebaikan niscaya ia akan menghapuskannya dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”


10 SIFAT-SIFAT MUKMIN SEJATI. 

1.  Akidah yang sejahtera

  •       Sentiasa tarbiah dzatiyah (merenung kedalam diri)

 2. Ibadah yang sahih

  •        Melakukan perkara wajib yang telah diajarkan nabi s.a.w iaitu solat 5 waktu sehari semalam.
  • Membaca al-quran

3.      Akhlak yang terpuji

  • Sentiasa melakukan kebaikan seperti : bersedekah , tolong-menolong & sentiasa bertutur dengan sopan.

4.      Luas pengetahuan

  • Menimba ilmu : sambung pengajian ataupun kerap menghadiri majlis ilmu
  • Memupuk amalan suka membaca

5.      Sihat tubuh badan

  • Bersukan juga dapat mendorong kita kearah sihat fizikal dan mental ianya dapat membantu kita berfikir dengan rasional
  • Dengan bersukan juga dapat meengeratkan ukhwah antara satu sama lain 

6.      Mampu berdikari

  • Setiap lelaki adalah dilahirkan sebagai khalifah diatas muka bumi ini jadi seseorang itu mesti bertanggungjawab atas segala tingkah lakunya
  • Janganlah sesekali kita lari daripada tanggungjawab kerana ia menjadikan kan kita seorang yang pengecut ataupun lemah

7.      Mampu berjuang melawan nafsu

  • Nafsu adalah musuh utama jadi kita perlu mengawal atau melawan nafsu dengan cara : menjauhkan diri dari pergaulan bebas, sentiasa ringankan kaki kemasjid, elakkan duduk berseorangan.

8.      Bijak mengurus masa

  •  Seperti yang kita tahu masa itu emas , apa yang cuba disampaikan ayat itu adalah memberitahu kita bahawasanya masa itu amat penting bagi setiap manusia jika kita tidak manfaatkan masa dengan betul kita tergolong dalam kalangan orang yang rugi

9.      Tersusun urusannya

  • Allah mengajar kita untuk menyusun urusan kita
  • “Wahai orangberiman! Bertaqwalah kepada Allah ; dan hendaklah setiap insan memperhatikan apa yang telah diperbuatkan untuk hari esok. Dan bertaqwalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Mahatelit terhadap apa yang kamu kerjakan”

10.  Bermanfaat kepada orang lain

  • RASULULLAH SAW bersabda:
        “sebaik baik manusia adalah orang paling bermanfaat bag orang lain.

  • Semakin banyak kemanfaatan yang boleh kita berikan kepada mereka, bermakna semakin baik pula kedudukankita di sisi Allah Subhanahuwata’ala mahupun di sisi manusia.





KESIMPULAN
Berdasarkan perbincangan di atas dapat disimpulkan bahawa masalah gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap anak-anaknya. Saya berharap anak-anak juga perlulah mempunyai kesedaran dan keinsafan serta tahu menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa mereka. Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.Banyak faktor yang menyebabkan penyakit sosial dalam kalangan masyaraka menjadi semakin berleluasa. Semua pihak haruslah memainkan peranan masing-masing dalam menangani isu ini termasuklah perkhidmatan kerja sosial perubatan di kesihatan awam. Semoga program-program yang dilaksanakan dapat membantu memberi kesedaran kepada golongan remaja, ibubapa dan masyarakat dalam mencegah masalah sosial menjadi semakin parah barah.Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi penuh keberanian. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha untuk menangani masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-masing, pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi modal insan negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang." Bersama-sama kita membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


RUJUKAN

tarbiah dzatiyah : https://belajarislam.com/2016/01/tarbiyah-dzatiyah/
muwasafat tarbiyah: http://imanulhassan.blogspot.com/p/muwasafat-tarbiyah.html 
http://akinoa89.blogspot.com/2011/08/hadis-40-imam-nawawi-hadis-18-takwa-dan.html






MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI DALAM MENGUBATI

PENERAPAN KONSEP "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI DALAM MENGUBATI" PENYAKIT SOSIAL DI DALAM KALANGAN MASYARAKAT KINI SESI 1...